You are currently viewing Majlis penyerahan Kad Perak Sejahtera Adun Rungkup

Majlis penyerahan Kad Perak Sejahtera Adun Rungkup

Majlis penyerahan Kad Perak Prihatin telah berlangsung di Bagan Datoh pada 30 Oktober 2020 bertempat di Pusat Khidmat Adun Rungkup, Bagan Datoh, Perak.

Majlis tersebut telah dijayakan oleh kakitangan Selcare Management Sdn Bhd dan Brand Equity Sdn Bhd. Seramai 52 orang penerima telah menerima manfaat daripada bantuan Kad Perak Prihatin.

Penerima telah diberi penerangan mengenai manfaat bagi penerimaan Kad Perak Prihatin sebelum proses penyerahan kad Perak Prihatin dan sesi pengaktifan Kad Perak Prihatin dilakukan.

Penerima menzahirkan rasa bersyukur kerana terpilih untuk menerima bantuan kad Perak Prihatin sekaligus dapat mengurangkan beban yang dihadapi. Selesai sahaja taklimat ringkas mengenai kad Perak Prihatin, penerima bergerak ke kaunter pengaktifan bagi mengaktifkan kad agar urusan pembelian atau urusan untuk mendapatkan rawatan dapat dilakukan.